Editor choice

Permohonan UTP 2024 Online (Universiti Teknologi Petronas)

Adakah anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Petronas (UTP) bagi ambilan 2024? Perhatian kepada pelajar lepasan SPM/O-Level dan lepasan STPM/Setaraf yang berminat serta berkelayakan untuk membuat permohonan kemasukan ke program Asasi dan Ijazah Sarjana Muda di UTP bagi ambilan September tahun 2024. Permohonan UTP 2024 boleh dilakukan secara online mulai 27 Mei 2024 melalui Portal Rasmi UTP. Berikut adalah panduan lengkap untuk permohonan UTP 2024 online.

Mengenai Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Universiti Teknologi Petronas (UTP) adalah salah satu institusi pengajian tinggi swasta terkemuka di Malaysia. UTP bermula sebagai Institute of Technology PETRONAS (ITP), sebuah institusi latihan khas untuk kakitangan PETRONAS di bawah pantauan PETRONAS Management & Training Sdn. Bhd. (PERMATA). Kampus utama UTP terletak di Seri Iskandar, Perak.

Cara Permohonan UTP 2024 Online

Untuk membuat permohonan kemasukan ke UTP secara online, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi UTP:
  2. Isi Borang Permohonan:
    • Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan seperti Nama, No Kad Pengenalan, Kelayakan Akademik, Program yang dipohon, dan Maklumat Peribadi dengan lengkap.

Panduan Permohonan Kemasukan UTP 2024

A. Peringkat Asasi (Foundation)

  1. Sediakan salinan imbasan dokumen berikut dalam format PDF untuk dimuat naik semasa proses permohonan dalam talian:
    • Kad Pengenalan/MyKad
    • SPM atau kelayakan lain yang setaraf (O-Level, IGCSE, dll.)
    • Bukti pembayaran yuran pemprosesan RM50.00 (tidak boleh dikembalikan).
  2. Pembayaran boleh dibuat kepada Universiti Teknologi Petronas dengan butiran akaun seperti berikut:
    • Penerima: Universiti Teknologi Petronas
    • Nombor Akaun Bank: 8004852703
    • Nama Jurubank: CIMB Berhad
    • Alamat Jurubank: 20, Jalan Pos Baru, 31000 Batu Gajah, Perak, Malaysia

B. Peringkat Undergraduate

  1. Sediakan salinan imbasan dokumen berikut dalam format PDF untuk dimuat naik semasa proses permohonan dalam talian:
    • Kad Pengenalan/MyKad
    • Keputusan untuk STPM atau A-Level atau International Baccalaureate atau Diploma atau Asasi atau Matrikulasi atau kelayakan lain yang setaraf dengannya
    • Keputusan SPM
    • Keputusan Penguasaan Bahasa Inggeris (SPM, MUET, IELTS, dsb.)
    • Bukti pembayaran yuran pemprosesan RM50.00 (tidak boleh dikembalikan)
  2. Pembayaran boleh dibuat kepada Universiti Teknologi Petronas dengan butiran akaun berikut:
    • Penerima: Universiti Teknologi Petronas
    • Nombor Akaun Bank: 8004852703
    • Nama Jurubank: CIMB Berhad
    • Alamat Jurubank: 20, Jalan Pos Baru, 31000 Batu Gajah, Perak, Malaysia
  3. Slip gaji ibu bapa atau penjaga

Syarat Kemasukan Minimum UTP 2024

Antara syarat kemasukan minimum UTP bagi peringkat Asasi untuk lepasan SPM dan peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk lepasan STPM/setaraf adalah seperti berikut:

Senarai Kursus Pengajian Universiti Teknologi Petronas

Antara senarai kursus pengajian yang ditawarkan di UTP adalah seperti berikut:

Semakan Keputusan UTP 2024 Online

Semakan keputusan UTP 2024 boleh dibuat secara online melalui pautan yang akan dikemaskini di portal rasmi UTP.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UTP, sila hubungi:

Selamat membuat permohonan kemasukan ke UTP tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke UTP!

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Education
Logo
Register New Account