Aplikasi Mobile UPU – Berita baik buat para pemohon kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, ILKA, dan Kolej Komuniti melalui permohonan UPU online. Kini, pelajar boleh mendapatkan panduan permohonan, semakan, dan kemaskini melalui telefon pintar dengan mudah. Aplikasi UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Tujuan Aplikasi UPU Pocket
Aplikasi UPU Pocket bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia, terutama para pemohon dan ibu bapa, dalam mendapatkan perkhidmatan dan rujukan berkaitan urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Panduan Permohonan dan Semakan UPU dengan UPUPocket 2.0
Mendapatkan status permohonan kemasukan UPU boleh menjadi tugas yang membosankan bagi kebanyakan ibu bapa dan lepasan sekolah, terutama jika maklumat atau panduan yang dicari sukar diperolehi. Namun, dengan aplikasi UPUPocket, urusan ini menjadi lebih mudah dan efisien.
Aplikasi UPU Pocket pertama kali dilancarkan pada 3 Februari 2018 sempena Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (Jom Masuk U/IPTA) di Melaka. UPUPocket menyediakan penyelesaian mudah di mana seseorang boleh menjejaki status permohonan dan semakan UPU hanya di hujung jari.
Menu Utama dalam Aplikasi UPU Pocket
Aplikasi ini menyediakan pelbagai maklumat dan panduan, termasuk:
- Semakan Status UPU: Membolehkan pengguna menyemak status permohonan UPU, status kelayakan, dan keputusan permohonan serta rayuan.
- e-Panduan: Menyediakan syarat kemasukan ke universiti awam, TVET, dan ILKA.
- Kalendar Akademik: Menyediakan butiran mengenai tarikh penting berkaitan dengan aktiviti permohonan UPU online.
- Aduan: Pengguna boleh menghubungi staf pentadbiran UPU sekiranya mereka mempunyai sebarang aduan atau maklum balas mengenai status mereka melalui ciri ‘Aduan’ yang terdapat dalam aplikasi.
- Alamat UA: Menyediakan maklumat untuk pertanyaan lanjut berkaitan program yang ditawarkan.
- Hubungi BPKP: Menyediakan maklumat untuk pertanyaan lanjut berkenaan permohonan UPU online.
Muat Turun Aplikasi UPU Pocket 2.0
Bermula pada 25 Februari 2019, aplikasi UPUPocket telah dilancarkan semula. Pengguna Android yang telah memuat turun aplikasi UPUPocket versi lama perlu membuangnya dan memuat turun aplikasi versi terbaru. UPUPocket 2.0 kini boleh didapati di Android (Google Play) dan Apple (AppStore).
Iklan Aplikasi UPUPocket 2.0
Berikut adalah iklan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) Kementerian Pendidikan Malaysia:
UPUPocket Aplikasi Mobile Permohonan & Semakan UPU
Penutup
Semoga pengenalan aplikasi mobile UPUPocket 2.0 dapat memudahkan pelajar dan ibu bapa dalam membuat permohonan, kemaskini, dan semakan keputusan UPU melalui telefon pintar mereka. Tahniah kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE) atas pelancaran aplikasi ini.
SUMBER : UPUONLINE.COM