Editor choice

Panduan Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2024/2025

Buat para pelajar yang ingin mengetahui tarikh penting permohonan UPU bagi sesi 2024/2025, berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting untuk permohonan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, ILKA, dan Kolej Komuniti. Pelajar lepasan SPM/setaraf dan lepasan STPM/setaraf adalah layak untuk memohon.

Tarikh penting yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi ini bakal memudahkan pemohon dalam membuat permohonan ke institusi pengajian tinggi yang berkaitan. Selain itu, pemohon boleh membuat rayuan dan pembelian PIN UPU mengikut tarikh buka dan tutup yang telah ditetapkan. Tarikh keputusan tawaran dan e-rayuan juga boleh dirujuk pada tarikh penting UPU ini.

Kalendar Tarikh Penting UPU Sesi 2024/2025

Berikut adalah tarikh-tarikh penting berkaitan UPU untuk sesi akademik 2024/2025. Tarikh penting UPU ini adalah dari sumber portal rasmi UPU.

A. Tarikh Pendaftaran UPU

  • Tarikh Buka Pendaftaran UPU sesi 2024/2025: 21 Oktober 2023
  • Tarikh Tutup Pendaftaran UPU sesi 2024/2025: 31 Disember 2023, jam 6.00 petang

Untuk pendaftaran UPU sesi 2024/2025, anda perlu membeli PIN UPU dan mendaftar, log masuk, serta mengisi maklumat peribadi. Permohonan ini terbuka kepada:

  • Calon SPM tahun 2023, 2022, dan 2021
  • Calon STPM tahun 2023 sahaja
  • Calon tahun akhir Matrikulasi/Asasi/Pasum
  • Calon STAM tahun 2023 dan 2022
  • Calon diploma/setaraf

B. Jualan PIN UPU dan Aplikasi UPU Dibuka/Ditutup

  1. 28 Februari 2024: Tarikh Jualan unik ID dibuka
  2. 29 Februari 2024: Aplikasi UPU dibuka (12.00 tengah hari)
  3. 8 Jun 2024: Jualan unik ID ditutup
  4. 29 Mac 2024: Aplikasi UPU ditutup (5.00 petang)
  5. 29 April 2024 – 9 Jun 2024: Pembukaan semula aplikasi UPU Fasa 2 bagi lepasan SPM dan STPM/setaraf sesi akademik 2024/2025.

Pemohon yang tidak sempat dan tidak pernah memohon boleh membuat permohonan. Pemohon yang telah memohon sebelum ini boleh mengemaskini pilihan program pengajian (program pengajian bertemuduga dan/atau ujian tidak ditawarkan pada fasa ini).

Kategori Pemohon

  • Lepasan SPM: SPM 2023, 2022, 2021 (Asasi UA, Diploma – UA, Politeknik dan ILKA, Sijil – Kolej Komuniti dan ILKA, Program Matrikulasi – Kolej Matrikulasi, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) di IPG)
  • Lepasan STPM/Setaraf: STPM 2023, Matrikulasi/Asasi Sains UM/Asasi UiTM 2023/2024, STAM 2023 & 2022, Diploma/setaraf, Kelayakan setaraf seperti A-Level/IBD/AUSMAT/SAM/CPU, STPM, Matrikulasi/Asasi STAM (Ijazah Sarjana Muda di UA)

C. Pemohon Lepasan SPM/Setaraf & Pilihan Program Pengajian

Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

  1. Pilihan Program Lepasan SPM: 1 Jun 2024 (12.00 tengah hari) hingga 9 Jun 2024 (5.00 petang)
  2. Update Pilihan Program Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM: (Akan dikemaskini) Julai (12.00 tengah hari) hingga Julai (5.00 petang)
  3. LEPASAN SPM: Kemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar akan dibuka selepas tarikh keputusan SPM sebenar diumumkan iaitu dari 1 hingga 9 Jun 2024
  4. LEPASAN STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM: Berdasarkan keputusan peperiksaan terbaik sehingga semester 2 STPM 2023, keputusan peperiksaan hingga semester 1, keputusan peperiksaan percubaan (jika ada), keputusan peperiksaan terkini (diploma/setaraf)
  5. Pilihan program: Boleh dibuat sebaik sahaja membeli No. Unik ID di BSN.

D. Panggilan Temuduga (Lepasan SPM/STPM)

  1. 3 Mei 2024: Panggilan temuduga lepasan SPM
  2. Mei – Jun 2024: Temuduga dan ujian (lepasan SPM)
  3. Mei – Ogos 2024: Temuduga dan ujian (lepasan STPM)
  4. 7 Mei 2024: Panggilan ujian MEdSI untuk Program Sarjana Muda Pendidikan
  5. 16 Mei 2024: Panggilan temuduga (bukan pendidikan) bagi lepasan STPM/setaraf
  6. 13 Mei – 26 Mei 2024: Ujian Medsi dijalankan
  7. 31 Mei 2024: Semakan panggilan temuduga pendidikan lepasan STPM/setaraf (tertakluk kepada UA)
  8. Proses temuduga (pendidikan): (tertakluk kepada UA)

E. Keputusan Rayuan Lepasan SPM

  • Ogos 2024 (12.00 tengah hari) hingga Ogos 2024 (5.00 petang): Hebahan keputusan rayuan bagi lepasan SPM/setaraf ke UA

F. Aplikasi Baharu Lepasan STPM/Setaraf

  • Application program pengajian: Kecuali program pengajian temuduga dan/atau ujian. Muat naik dokumen (bagi lepasan diploma/setaraf sahaja).

G. Update Dokumen Application Lepasan Diploma dan Setaraf

  • Julai 2024: Calon lepasan diploma dan setaraf bagi sesi akademik 2024/2025 boleh mengemaskini dokumen dan maklumat akademik melalui sistem UPU.

H. Application, Check Tawaran dan Rayuan Lepasan STPM/Setaraf

  1. Minggu ke-4 Julai 2024: Fasa pengemaskinian dibuka bagi lepasan STPM/STAM/Asasi/Matrikulasi. Keputusan keseluruhan STPM diumumkan pada tarikh yang akan dikemaskini
  2. September 2024 (12.00 tengah hari): Hebahan keputusan bagi lepasan STPM/setaraf
  3. September 2024: Rayuan dibuka bagi lepasan STPM/setaraf
  4. September 2024: Rayuan ditutup bagi lepasan STPM/setaraf
  5. Oktober 2024 (12.00 tengah hari) – Oktober 2024 (5.00 petang): Hebahan keputusan rayuan Fasa 1
  6. Hebahan keputusan rayuan Fasa 2

Maklumat Lanjut UPU 2024

Untuk maklumat terkini berkaitan tarikh-tarikh penting UPU Ke UA, Politeknik dan ILKA sesi 2024-2025 serta maklumat lain berkaitan UPU, sila layari:

  • Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
  • Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
  • Talian Operasi: 03-8684 2363 (Isnin – Khamis: 9.00 pagi – 5.00 petang (Rehat: 1.00 petang – 2.00 petang) & Jumaat: 9.00 pagi – 5.00 petang (Rehat: 12.15 tengah hari – 2.45 petang))
  • Aplikasi Mobile UPUPocket UPU
  • UPUchat
  • Media Sosial Rasmi:
    • TikTok: @bkpaupu
    • Facebook: kemasukan bpkp jpt
    • Telegram: UPUONLINE CHANNEL
    • Instagram: @kemasukanbkpa
    • YouTube: bkpaUPU

Semoga perkongsian tarikh penting UPU sesi 2024/2025 ini boleh dijadikan panduan buat pemohon. Selamat membuat permohonan ke Universiti Awam, Politeknik, ILKA (Institut Latihan Kemahiran Malaysia), dan Kolej Komuniti.

SUMBER : INFOUPU.COM

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Education
Logo
Register New Account