Editor choice

Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA untuk UPU Secara Online

Bagi lepasan asasi (foundation IPTS) atau diploma yang membuat permohonan melalui UPU online untuk kemasukan ke pengajian ijazah pertama di universiti awam, anda wajib memuat naik salinan cetakan akreditasi daripada MQA. Pelajar lepasan SPM/STPM/STAM/Matrikulasi KPM/Asasi IPTA tidak perlu mendapatkan salinan cetakan akreditasi ini. Memandangkan masih ramai yang tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan salinan cetakan Akreditasi MQA secara online, berikut kami kongsikan langkah-langkahnya:

  1. Layari Laman Rasmi MQA
  2. Carian Kata Kunci
    • Lihat di sudut sebelah kiri dan klik “carian kata kunci” (tukar ke Bahasa Melayu).
  3. Masukkan Kata Kunci
    • Skrol ke bawah dan masukkan kata kunci yang bersesuaian di bawah ruangan ‘Nama Kelayakan’ serta ‘Nama IPT’ (sebahagian atau nama penuh).
  4. Papar Program
    • Klik pada ikon ‘Papar’ untuk program yang dikehendaki.
  5. Cetak Maklumat Program
    • Cetak maklumat program atau kelayakan yang dipaparkan. Cetakan terus maklumat akreditasi tersebut boleh digunakan sebagai bukti bahawa program atau kelayakan telah memperoleh Akreditasi MQA.
  6. Muat Naik Salinan Akreditasi
    • Selesai cetak, bolehlah muat naik salinan akreditasi ini ke laman permohonan UPU.

Nota Penting: Senarai program pengajian daripada Politeknik yang diletakkan di bawah Politeknik – Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Blok E3, Kompleks E, 62505 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah turut meliputi semua program yang sama dijalankan di mana-mana cawangan Politeknik yang lain.

Tags:

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Education
Logo
Register New Account