Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memperkenalkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300, sebuah inisiatif khas untuk menggalakkan dan memberi sokongan kepada peminjam yang mempunyai tunggakan pinjaman PTPTN. Dengan kempen ini, peminjam boleh menyelesaikan tunggakan mereka dengan bayaran awal serendah RM300 sahaja. Kempen ini juga bertujuan membantu peminjam menguruskan kewangan dengan lebih baik dan memastikan kelancaran bayaran balik pinjaman.
Melihat sambutan yang menggalakkan daripada peminjam, PTPTN akan melanjutkan tempoh bagi Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 daripada dua (2) bulan yang berakhir pada 31 Julai 2024 kepada empat (4) bulan iaitu bermula 1 Jun 2024 sehingga 30 September 2024.
Kempen ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan dalam tempoh kempen, tidak kira sama ada pinjaman konvensional atau Ujrah. Rundingan bayaran balik seperti kemudahan pertukaran Ujrah, penggabungan pinjaman, dan penjadualan turut layak menyertai kempen ini. Peminjam yang layak perlu mematuhi syarat-syarat berikut:
Bayaran Tunggakan
Peminjam dikehendaki membuat bayaran tunggakan sekurang-kurangnya sebanyak RM300 sahaja untuk penstrukturan semula pinjaman. Melalui kaedah ini, peminjam boleh mengubah/menyusun semula ansuran bulanan pada Jadual Bayaran Balik (JBB) mengikut kemampuan masing-masing. Ansuran bulanan minimum ditetapkan berdasarkan anggaran penentuan 5% – 8% daripada jumlah pendapatan kasar, tertakluk kepada kelayakan tempoh bayaran balik dan kelulusan PTPTN. Bayaran boleh dibuat melalui semua saluran bayaran balik dalam tempoh kempen.
Potongan Gaji atau Debit Terus
Semasa proses rundingan, peminjam diwajibkan membuat potongan gaji atau debit terus sebagai kaedah bayaran balik. Ini bagi memastikan peminjam dapat membuat bayaran balik secara konsisten dan teratur.
4 Langkah Mudah Selesaikan Tunggakan Anda
Menguruskan tunggakan boleh menjadi lebih mudah dengan langkah-langkah yang teratur dan bantuan yang disediakan. Berikut adalah empat (4) langkah mudah untuk selesaikan tunggakan anda:
- Semak penyata pinjaman melalui myPTPTN.
- Mohon rundingan bayaran balik untuk penstrukturan semula pinjaman PTPTN melalui aplikasi web myPTPTN. Nota: Eksekutif Jualan (EJ) akan menghubungi anda dalam tempoh 7 hari bekerja setelah permohonan diterima.
- Bayar tunggakan serendah RM300 dalam tempoh kempen.
- Lakukan bayaran balik secara konsisten melalui kaedah potongan gaji atau debit terus.
Langkah Permohonan Rundingan Melalui Aplikasi Web myPTPTN
Permohonan rundingan bayaran balik boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi web myPTPTN. Lihat panduan yang disediakan bagi langkah terperinci membuat permohonan rundingan:
Muat Turun Panduan Permohonan Rundingan
Manfaat Kempen
Kempen ini menawarkan pelbagai manfaat kepada peminjam, antaranya:
- Membantu mengurangkan dan mencapai zero tunggakan sekali gus memperbaiki rekod kredit peminjam.
- Memastikan bayaran balik seterusnya dibuat secara konsisten setiap bulan melalui kaedah potongan gaji atau debit terus.
PTPTN sedia membantu peminjam menguruskan kewangan dengan lebih baik melalui kempen ini. Jangan lepaskan peluang ini untuk memastikan masa depan yang lebih cerah tanpa beban tunggakan. Peluang kejayaan anda bermula di sini!
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan rundingan sama ada pertukaran Ujrah, penggabungan, penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:
- Pusat Panggilan (Careline): 03 2193 3000
- Live chat: di Portal PTPTN
- Eksekutif Jualan
- e-Aduan PTPTN
- Media sosial rasmi: @PTPTNOfficial