Editor choice

Cara Semak Syarat Kelayakan Kemasukan UPU Melalui iMASCU Online

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia baru sahaja diumumkan. Tahniah kepada pelajar SPM yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang! Kini tiba masanya untuk memikirkan program pengajian yang boleh dipohon di Universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui aplikasi UPU online berdasarkan keputusan SPM yang diperolehi. Jawapannya adalah melalui semakan iMASCU online.

Apa Itu iMASCU?

iMASCU adalah aplikasi semakan atas talian yang dibangunkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi dan UPU. Calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam melalui UPU online kini boleh membuat semakan kelayakan dan memilih jurusan yang layak dipohon menggunakan sistem ini. Program pengajian dan UA/IPTA yang boleh dipohon akan dipaparkan berdasarkan keputusan peperiksaan yang diperolehi oleh pelajar.

Cara Semak Kelayakan Program Pengajian Melalui iMASCU

Berikut adalah panduan penting dalam membuat semakan iMASCU syarat kelayakan mohon UPU:

1. Login iMASCU

Langkah pertama adalah melayari laman iMASCU melalui pautan sistem semakan syarat.

2. Isi Maklumat Pelajar

Isikan maklumat yang diperlukan oleh sistem semakan. Di antara maklumat pelajar yang perlu diisi adalah:

  • No MYKAD (12 Digit)
  • Nama
  • Email
  • No Tel
  • Kategori (STPM atau SPM)

3. Isi Keputusan Yang Diperolehi

Isikan maklumat mata pelajaran dan keputusan peperiksaan yang diperolehi. Klik button SEMAK.

4. Penafian

Kemudahan semakan melalui portal iMASCU adalah berdasarkan syarat minimum kemasukan ke UA/Politeknik Premier. Calon perlu memenuhi syarat am dan khas kemasukan ke program pengajian yang ditawarkan serta tertakluk kepada keputusan ujian khas dan temuduga bagi program pengajian berkaitan. Jika anda bersetuju dengan terma/syarat, klik teruskan.

5. Hasil Semakan

Sistem akan memaparkan kelayakan pemohon untuk memohon jurusan yang ditawarkan di UA. Senarai UA/Institusi yang pelajar layak memohon akan dipaparkan. Klik UA/Institusi yang berkenaan untuk melihat program yang layak dipohon.

Nota Penting Semakan iMASCU

Pelajar lepasan SPM dikehendaki untuk mengisi maklumat mata pelajaran yang diambil beserta dengan gred diperolehi dalam peperiksaan SPM yang sebenar. Keputusan peperiksaan percubaan juga boleh digunakan untuk Fasa Pertama permohonan. Semakan keputusan menggunakan sistem ini akan berjaya dipaparkan selepas anda bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dipaparkan dalam mesej pengesahan Pop-Up.

Semakan Syarat Kelayakan UiTM Dan Politeknik

Calon pelajar yang ingin memasuki UiTM dan Politeknik, semakan syarat kelayakan permohonan kemasukan juga boleh disemak melalui sistem semakan atas talian berikut:

  • Sistem Selangkah UiTM
  • e-Semak Politeknik

Semoga panduan semakan iMASCU syarat kelayakan kemasukan UPU online ini boleh dijadikan rujukan buat semua pelajar. Semoga pelajar dapat membuat pilihan terbaik UA/IPTA dan program kursus pengajian yang bersesuaian dengan minat dan kelayakan akademik yang diperolehi.

4o

SUMBER : INFOUPU

Tags:

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Education
Logo
Register New Account