Editor choice

Senarai ILKA: Institusi Latihan Kemahiran Awam di Malaysia

Berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran di Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui permohonan UPU online? Berikut dikongsikan senarai ILKA di Malaysia buat panduan pelajar.

Apa itu ILKA?

ILKA merupakan institusi yang menawarkan pelbagai kursus kemahiran untuk melatih dan membangunkan kemahiran teknikal dan vokasional pelajar. Empat institusi kemahiran yang tergolong dalam ILKA adalah:

  1. Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)
  2. Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)
  3. Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP)
  4. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Permohonan Kemasukan

Permohonan kemasukan ke ILKA dibuat dua kali setahun iaitu sesi Januari dan sesi Jun/Julai. Kursus pengajian yang ditawarkan adalah untuk program bertaraf sijil dan diploma dalam bidang kemahiran tertentu.

Senarai ILKA di Malaysia

Berikut adalah senarai Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang terdapat di Malaysia:

1. Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) melalui ILKBS menawarkan latihan amali serta praktikal bagi menyediakan golongan belia dengan kemahiran yang diperlukan untuk menyertai kerjaya terpilih setelah tamat pengajian. ILKBS dibahagikan kepada:

  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)

Kursus yang ditawarkan:

  • Kursus kemahiran sepenuh masa di IKTBN/IKBN
  • Kursus Bina Insan (kepimpinan, keusahawanan, disiplin)
  • Kemahiran jangka pendek khas untuk belia
  • Kursus kemahiran di institusi swasta (program tajaan pelatih)

2. Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)

JTM diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir negara dari peringkat sijil latihan hingga diploma lanjutan dalam pelbagai bidang kemahiran. Institusi di bawah ILJTM termasuk:

  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)

3. Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP)

4. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Objektif institusi kemahiran di bawah MARA adalah untuk:

  • Membangun dan melaksanakan program pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti serta diiktiraf
  • Menambah bilangan penglibatan bumiputera dalam bidang teknikal di industri
  • Menyediakan kemudahan latihan dan infrastruktur selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa
  • Meningkatkan kompetensi pengajar bagi memenuhi keperluan pengajaran
  • Melahirkan technopreneur yang berdaya saing dan berdaya tahan
  • Menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat

Institusi di bawah MARA termasuk:

  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII)

Cara Membuat Permohonan Kemasukan ke ILKA

Permohonan kemasukan ke ILKA dibuat dalam dua sesi iaitu sesi Jun/Julai melalui permohonan UPU online dan sesi Januari melalui laman web ILKA yang berkenaan. Berikut adalah pautan untuk memohon:

Kesimpulan

Semoga perkongsian senarai ILKA di Malaysia ini dapat dijadikan panduan buat pelajar yang ingin menyambung pengajian di sini. Selamat membuat permohonan kemasukan melalui UPU online dan secara terus ke ILKA yang berkaitan mengikut tarikh yang diumumkan.

SUMBER : UPUONLINE.COM

Tags:

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Education
Logo
Register New Account